Thursday 3 November 2011

KELEBIHAN ZULHIJJAH

Ibn ‘Abbas RA meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامِ الْعَمَلِ الصَّالِحِ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ : " وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلا رَجُلا خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada dari hari-hari untuk dilakukan amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah selain dari sepuluh hari yang awal dalam bulan Zulhijjah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sekalipun jihad di jalan Allah? Baginda menjawab: “Sekalipun jihad di jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar ke jalan Allah dengan diri dan hartanya, kemudian dia tidak pulang lagi (syahid di medan perang).” ( HR : Bukhari )
Hadis ini antara dalil yang membukti sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah adalah hari-hari yang paling afdhal dalam setahun. Oleh yang demikian di bawah ini disertakan beberapa kelebihan sepuluh hari tersebut dan amalan-amalan yang dianjurkan untuk diperbanyakkan padanya:


1. Allah SWT bersumpah dengan menyebut sepuluh hari ini di dalam firmannya:

Mafhumnya: “Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” ( Al-Fajr : 1-2 )

Ibn ‘Abbas, Ibn al-Zubair, Mujahid dan ramai lagi dari kalangan generasi Salaf dan Khalaf berpendapat, yang dimaksudkan dengan “malam yang sepuluh” di dalam ayat di atas ialah sepulah hari (pertama) dalam bulan Zulhijjah. Ibn Kathir berkata: “Pandangan ini adalah yang benar.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim: 8/413)

Apabila Allah SWT bersumpah dengan sesuatu ia menunjukkan kepentingan dan kebesaran perkara tersebut.


2. Perbanyakkan Tasbih, Tahlil, Tahmid dan Takbir berdasarkan hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمَ عِنْدَ اللَّهِ وَلا أَحَبَّ إِلَيْهِ فِيهِنَّ الْعَمَلُ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ، أَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِير
Mafhumnya: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih disukai di sisiNya untuk dilakukan amalan soleh berbanding hari-hari ini, iaitulah sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah, oleh itu perbanyakkanlah di dalamnya Tahmid, Tahlil dan Takbir.” (HR Ahmad: 7/224. Sanadnya dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

Dizahirkan takbir tersebut di merata-rata tempat sebagai menzahirkan keagungan Allah SWT. Allah berfirman:

Mafhumnya: “Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak” (al-Hajj: 28)

Kebanyakan ulama berpandangan “Hari-hari yang telah ditentukan” yang disebut di dalam ayat ialah sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah berdasarkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA.
Antara lafaz takbir yang boleh diucapkan pada sepuluh hari awal Zulhijjah ialah:

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ،
وَاللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد

Mafhumnya: “Allah Maha Benar, Allah Maha Benar, tidak ada sembahan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.”
Galakan memperbanyakkan takbir, tasbih dan bertahmid ini bukan bermakna ia dilakukan dalam bentuk berkumpulan, sebaliknya ia dilakukan sendirian oleh setiap orang di setiap tempat sebagai menghidupkan sunnah Nabi SAW. 


3. Disunatkan berpuasa pada hari ‘Arafah iaitulah pada Sembilan (9) Zulhijjah. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada Isterinya daripada sebahagian isteri Nabi SAW yang berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحَجَّةِ وَيْوَمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ : أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ، وَخَمِيسَيْنِ
Mafhummnya: “Adalah Rasulullah SAW akan berpuasa pada Sembilan Zulhijjah, hari ‘Asyura dan tiga hari dalam setiap bulan: Isnin pertama setiap bulan dan pada dua hari Khamis.” (HR al-Nasaie 4/205 dan Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud 2/462)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda :

"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim). 

Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.


4. Memperbanyakkan amalan soleh selama sepuluh hari awal Zulhijjah yang telah dimuliakan oleh Allah SWT, seperti berpuasa, menunaikan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, berbuat baik kepada kedua orang tua, menghubungkan Silaturahim, menyuruh melakukan kebaikan, membanyakan bertaubat, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.


5. Menyembelih korban pada hari-hari korban sebagai beribadah kepada Allah SWT.

Rujukan :
  1. Abdullah, Kelebihan 10 Awal Zulhijjah,2011, Institut Al-Qayyim.
  2. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4524.0